Search This Blog

Wednesday, July 6, 2011

Resepi Ayam Masak Likkuk (ayam masak lengkuas)

Ayam Masak Likkuk atau dalam bahasa melayu nya, Ayam Masak Lengkuas adalah resepi turun-temurun suku Kaum Bugis. Masakan ini sinonim dengan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Sememangnya, masakan ini wajib ada semasa Hari Raya. ingin kongsikan resepi nya pula!!

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam
santan (1 biji kelapa)
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun kunyit

3 sudu besar cili kering yg dikisar

4 sudu makan minyak untuk menumis

2 ulas bunya lawang

4 biji buah pelaga

3 cm kulit kayu manis

4-5 bunga cengkih

Bahan-bahan untuk dimesin:

2 inci lengkuas muda

2 cm halia

2 cm kunyit hidup

5 batang serai

5-7 biji bawang merah

Cara:
1. Panaskan minyak.

2. Tumiskan bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunya cengkih.

3. Bila dah harum, masukkan bahan-bahan yang dimesin dan campur sedikit air.
Tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan cili kisar.

4. Kacau dan biarkan sebentar lebih kurang 10 minit

5. Bila cili dah masak, masukkan ayam.

6.
Selepas 5 minit, masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Kacau
sedikit dan biarkan sehingga ayam masak menggunakan api yang sederhana.

7. Apabila kuah agak kering, masukkan daun kunyit dan bolehlah dihidang.

Cadangan Hidangan:
Hiaskan hirisan daun sup dan daun bawang yang dipotong 1 inci panjang untuk bau yg harum.

Tambahan:
1. Kurangkan santan jika mahukan rasan yang lebih best.

2. Jangan selalu sangat kacau ayam, nanti hancur.

3. Daun kunyit dimasukkan sebelum lauk diangkat untuk kekalkan baunya yg harum.

4. kepada yg nak kawin dgn anak2 bugis sila blajar masak resipi ni dulu



sources-mytawau